Isnin, 14 Mac 2016

Review Novel : Hang Nadim by Abd Latib Talib

Assalamualaikum.. Hi !

Tajuk: Hang Nadim
Penulis: Abdul Latib Talib
Harga: SM/ RM 24.00
SS/ RM 27.00


Wahh.. hari ni Zati bersemangat nak buat review novel hehehe.. kali ini bukan novel cinta atau novel remaja tetapi novel sejarah emm.. lain sikit genre yang Zati baca kali ini. Haritu pergi popular ingat nak beli novel Dracula karya Al-Ghazali tapi tak jumpa huhh.. sedih betul . Then Zati belek-belek buku yang ada kat situ jumpalah.. novel Hang Nadim karya penulis novel sejarah no.1 di Malaysia iaitu Abdul Latib Talib.Oh.. Zati ada lagi satu novel Abd Latib Talib yang Zati buat review iaitu ISABELLA.

Cerita ini mengisahkan tentang anak kepada Hang Jebat iaitu Hang Nadim meneruskan perjuagan bapanya dan bapa angkatnya Hang Tuah selepas Hang Tuah menghilangkan diri. Hang Nadim memegang jawatan sebagai Laksama pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, banyak perkara yang dilakukan oleh Hang Nadim dan rakan seperjuangannya untuk mempertahankan Melaka daripada dijajah Portugis. Daripada satu Sultan kepada Sultan yang lain Hang Nadim tetap memberi taat setia kepada Sultan tanpa berbelah bahagi. Daripada Portugis mula menjajah Melaka, Hang Nadim berjanji akan mengusir Portugis daripada Melaka selagi air di Selat Melaka tidak kering selagi itulah Hang Nadim akan berjuang demi tanah airnya. Nak tahu apa yang dilalui oleh Hang Nadim kenalah beli novel fiksyen sejarah ni,

Hehe.. sambil baca novel Zati ditemani bookmark Infinite :)


Ok, secara keseluruhannya novel sejarah ini tak susah Zati nak faham, bahasa yang digunakan sangat mudah dan seronok dibaca. Walaupun nak habiskan novel ini agak lambat hehehe..

Banyak pengajaran yang Zati dapat, antaranya;
1.Taat setia seorang pejuang kepada pemimpinya.
2.Berkorban demi tanah air.
3.Tali barut dalam kalangan rakyat sendiri.
4.Hubungan antara kerajaan Melaka dan kerajaan negeri lain.
5.Sikap toleransi agar tidak memecahbelahkan negara.

Sebenarnya,banyak pengajaran yang boleh kita ambil untuk digunakan untuk masa kini dan masa depan melalui apa yang kita baca.

p/s: Rakan bloggers Zati suka atau pernah baca novel fiksyen sejarah tak? Kalau ada share lahh..

Sekian, Nur Nadheera

3 ulasan:

  1. sebenarnya best betul dapat baca buku macam ni. kat sekolah pun ada belajar pasal kisah hang nadim ni dalam teks sulalatus salatin. pada zaman pemerintahan sultan mahmud syah, yang pasal kain serasah tu, hang nadim disuruh membeli kain kat benua keling. :) penting sangat sebab nak tahu kisah zaman dulu terutamanya pasal hang tuah

    BalasPadam
  2. Suka juga baca buku sejarah mcm ni.. hihi cuma skrg xde masa nak membaca kerana kesibukkan kerja. sobb sobb

    BalasPadam
  3. yg paling sentap sultan muhammad al-fatih. karya abdul latip tali juga...

    BalasPadam